Monday, November 10, 2008

RENUNGAN BERSAMA....

Renungilah ... semoga ia menginsafi diri kita... tiada
yang paling berharga di dunia ini melainkan ibu /mak / mama /
mummy / ummi yang telah banyak berkorban untuk diri kita
ini dari dalam kandungan hinggalah ke akhir hayat ibu….

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk.... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan telifon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak telifon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu?
Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ribu
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Aku tidak
berkesempatan lagi.. bukan lima ribu.. lima sen pun tidak
boleh aku kirimkan...yang termampu
bacaan ayat suci Al-quran, menyambung generasi soleh dll"

Mamaaaaa.... .!
Insaf nya anak mu ini...

:: Mahasiswa Merintis Kemungkinan ::
Iman Sihat, Otak Cerdas...

Friday, November 7, 2008

:: Remaja Berilmu Inspirasi Ummah ::

Assalamu'alaikum wrt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kecemerlangan boleh berlaku kepada siapa saja. Pelajar biasa, keluarga biasa, sekolah biasa, tetapi tidak mustahil kiranya mereka berusaha dengan LUAR BIASA demi menggarap segenggam ilmu yang bermanfaat. Remaja perlu tahu menggunakan bakat atau potensi diri untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi berpandukan kepada cita-cita, keinginan dan usaha yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Pelajar cemerlang tidak semestinya berada di kedudukan nombor satu dan mengatasi orang lain tetapi dapat mengatasi prestasi sendiri serta menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Remaja cemerlang sentiasa ceria, bersemangat, berpersonaliti, berdisiplin, berdaya saing dan berjiwa besar serta dapat memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

Masa belajar yang paling baik ialah ketika tidak rasa penat, tidak lapar dan tidak terlalu kenyang. Seelok-eloknya pada waktu awal Subuh yang hening lagi damai. Masa belajar tidak semestinya lama tetapi berkesan. Belajar sepanjang masa tanpa rehat akan melemahkan minda anda. Utamakan kualiti belajar, bukannya kuantiti masa belajar. Ulangkaji, faham serta menghafal merupakan kunci kecemerlangan, sebabnya pelajar akan terlupa 60% daripada pelajaran yang dipelajari jika tidak melakukan tiga perkara utama tersebut.

Adab remaja yang ingin berilmu ialah bersih hatinya, betul niatnya, tidak sombong dengan ilmunya, tidak mengabaikan pelajaran dan belajar dengan sistematik. Penguat rohani ialah membanyakkan solat, membaca Al-Quran, banyakkan selawat, berdoa sendiri ataupun doa ibu bapa serta redha dengan ketentuan Allah Robbul Jalil. Menghormati ibubapa pula merupakan unsur terpenting yang menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang kerana jasa dan doa ibubapa sentiasa mengiringi hidup seorang anak.

Yakin pada kebolehan dan kemampuan sendiri akan menjadikan anda cemerlang. Yakinilah, jika orang lain boleh, mengapa tidak anda? Keyakinan yang tinggi diiringi usaha yang jitu. Masa adalah kehidupan. Mereka yang pintar hidup dengan masa sedangkan pelajar yang malas menggunakan masanya untuk mencipta kegagalan di alam sedar. Sesungguhnya remaja yang berpengetahuan memberi sumbangan besar ke arah kemajuan ummah.
wallahua'lam..

pesAnan BuAt UmaT IsLam

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.

2) Mandi setelah makan.

3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.

4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.

5) Berjaga malam selain dari qiamullail.

6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.

2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.

3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh.

4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.

5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar

atau terlalu kenyang.

6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.

2) Tidur banyak

3) Makan banyak.

4) Banyak bersetubuh.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Banyak bersetubuh.

2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.

3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.

4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk

(air masak).

2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.

2) Sentiasa bersugi.

3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KEDALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda

tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu,

kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah

selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu

adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.

2) melakukan onani.

3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.

4) Meminum minuman atau memakan makanan yang

bercampur semut.

5) Tidak membaca Al-Quran.

6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan

cara yang haram.

7) Mengumpat dan mengata.

8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.

9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).

10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.

11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras

hati.

2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.

3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan

mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.

2) Selepas bersetubuh.

3) Selepas makan atau sebelumnya.

4) Ketika sedang makan.

5) Selepas memakan buah-buahan.

6) Selepas keluar dari bilik mandi.

7) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam

10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,

kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,

rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di

dalam usus,cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula

hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari

badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas

kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki

sebelum masuk tidur.

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga

dari tidur sebelum turun dari katil.

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur

bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Banyak melakukan persetubuhan.

2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

3) Banyak minum air di waktu pagi.

4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.

2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).

3) Kurang tidur.

4) Sentiasa mandi di tengah malam.

5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalusejuk.

6) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.

2) Melihat kepada palang +/salib.

3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.

4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.

5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.

6) Banyak menangis.

"iman sihat, otak cerdas"

BERILMU…BERIMAN…BERAMAL..